21 December 2011

masa berlalu dengan pantas..

alhamdulillah masih diberikan masa,rezeki,peluang untuk terus hidup sebagai hamba Allah..rasanya masa terlalu pantas sedar tak sedar kite hampir ke penghujung tahun 2011..alhamdulillah aku bersyukur kerana telah diberikan nikmat dan rezeki yang melimpah ruah..aku berharap agar tahun 2012 akan menjadi lebih baik dari tahun nie..alhamdullilah anak kecil ku sudah pun menghampiri 2 tahun pada bulan hadapan..dan perkahwinan kami pun hampir menjangkau 3 tahun..tak lama lagi kami bakal menimbang seorang lagi amanah dari yang maha esa..inysaALLAH..aku berharap agar semuanya di permudahkan buat diri ku dan juga keluarga dan baby akan dilahirkan sihat, cukup sifat dan mudah di jaga..insyaALLAH..

umur pun dah nk menjangkau angka 30!! jadi aku kena lakukan sesuatu buat diriku bagi berhijrah ke arah lebih baik di sisi NYA..ada seperkara sahaja yang aku ingin hajatkan untuk tahun baru nie..dan aku berharap aku dapat melaksanakannya dengan pertolongan yang maha esa..amin~

jam pun sudah menunjukkan pukul 5.00 petang..sudah sampai masanya aku balik menemui anak ku yang tersayang..

insyaALLAH ada masa dan kelapangan kite berjumpa lagi.. :)

0 comments: