| ibu,baba & iman selepas solat sunat |
| dekat ladang kurma |
| dekat ladang unta..ustaz kat belakang tu yang beri tunjuk ajar sepanjang pekerjaan umrah |
tetiba pagi nie teringat pulak pasal gi umrah bulan april tahun nie..memandangkan hari ni dah tanggal 27hb disember so saya nak recap lah sket aktiviti yang saya anggap terbaik dan paling best pada tahun 2011 nie!..saya bersyukur sangat2 ke hadrat illahi kerana telah memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk menunaikan ibadah umrah selama 11-14 hari..sepanjang ibadah umrah ni amat menyeronokkan saya kerana dapat menghabiskan masa bersama-sama anak kesayangan di masjid dan juga ziarah..masa ni umur iman cuma 1 tahun 2 bulan..saya consider masih kecil dan alhamdulillah dia amat senang di jaga masa kat mekah dan madinah..kesihatannya pon baik2 sahaja sepanjang umrah..
saya masih rindukan masa dan ketika berada di sana..insyaALLAH akan berusaha untuk ke sana lagi pada masa akan datang..kali ni berempat..insyaALLAH..minta-minta rezeki dimurahkan oleh yang MAHA ESA..amin~
kami juga sempat berziarah di beberapa masjid dan melakukan solat sunat serta berkesempatan juga pergi ke ladang kurma dan unta..iman sempat jugak merasa susu unta yang mempunyai pelbagai khasiat..
masa di ladang kurma kami juga berkesempatan membeli pelbagai jenis kurma yang enak dengan harga yang berpatutan..
paling best masa berebut-rebut nak masuk RAUDAH di madinah..memang semua orang berlari-lari..sebab untuk perempuan di tetapkan masa untuk masuk ke sana..iman saya tinggalkan pada suami saya..
saya juga berkesempatan mandikan iman dengan air zam-zam..dan bagi dia minum..
memang hasrat di hati nak ke sana lagi..
insyaALLAH..
sama-sama lah kite berdoa apa yang terbaik untuk kite..
oklah,itu sahaja lah yang dapat saya recap buat masa nie..nanti kalau ada lagi saya akan tulis lagi k?
selamat bekerja dan moga kite diberikan rezeki yang halal..
..amin..
0 comments:
Post a Comment