30 December 2010

It's a Holiday!!!


Kali ni saya nak berkongsi pengalaman bercuti di SINGAPURA pada tanggal 23-28hb dis. 2010. Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk pergi merehatkan minda di situ memandangkan tarikh yang kami pilih berdekatan dengan hari natal jadi ia memudahkan kami untuk 'bershopping' hehe..Kami telah menginap di HOTEL HOLIDAY INN yang terletak di Orchard Road disepanjang percutian ini. Kami berpendapat bahwa menginap di situ amat mudah kerana berdekatan dengan segala kemudahan contohnya; restoran, taxi stand etc. Di sepanjang jalan orchard rd. terdapat pelbagai 'shopping mall' dan membuatkan saya dan hubby rambang mata! Kami juga sempat menjamu selera dengan mencuba sup kambing merah, nasi padang, nasi putih+daging merah serta roti prata yang sememangnya kow!!!! (sehingga menjilat jari jemari)..tak lupa juga kami sempat mencuba McD di sana memandangkan ada promosi burger baru iaitu BURGER SAMURAI(perrrgh! memang terbaik arr!!) haih, cakap pasal makan ni mmg la meleleh jer air liur nih! =p Apa yang saya boleh simpulkan secara keseluruhannya mmg percutian kali ini sangat BEST!!



29 December 2010

Puas Hati!

"..Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.."
Tadi tepat jam 12.00 tengah hari aku bawa anakku jumpa doktor kerna anaku kurang sihat. Aku bersyukur kerna segala urusan untuk berjumpa dengan doc dipermudahkan. Sampai sahaja di klinik, tak sampai 5min nama anakku telah dipanggil untuk masuk ke dalam bilik doc dan aku masih terasa teragak2 dengan kepakaran Dr. Fhoo ini memandangkan ini adalah kali pertama anakku akan dirawat oleh beliau kebetulan Doc yang biasa merawat anakku telah pergi bercuti. Sangkaan aku amat meleset sekali kerna doc baru ni sgt cekap dan 'friendly'. Aku betul2 berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan kat anakku. Orang kata, berbaloi la dengan apa kite bayarkan?.. Aku dengan harapan agar anakku cepat sembuh dan ceria semula..amin~

P.O.E.M

Hope
When all about you is black with gloom,
And all you feel is pending doom.
When your bones are racked with grim despair -
When every breath is a gasp for air.
Keep on going, though you need to grope,
For around the bend is a ray of hope.

A ray of hope is perhaps all that's left,

As your will to live has been bereft.
You've lost it all, it's just no use!
You can end it all, you need no excuse.
But throw away that piece of rope,
And give yourself a chance of hope.

Just give yourself another day,
Brushing aside what your thoughts may say.
This is your life and you can make a new start,
By ignoring the brain - just follow the heart.
Taking baby steps in order to cope,
And minute by minute you'll build on your hope.

Build on your hope,. one day at a time,

Though the road be steep and hard to climb.
The hurts of the past - they should be dead.
The fears of the future are all in your head.
Just live in the present and refuse to mope
Your life will sparkle for you're living in hope.

Stress!!


Entah kenapa sejak kebelakangan nie asyik rasa tertekan jer dgn keadaan di sekeliling ku lebih2 lagi dengan adanya masuk campur si M itu lagi la aku bertambah stress!! Arrrgh!! aku tension dan tak suka akan apa yg berlaku sekarang nie!! kenapa la semua perihal ku di ambil remeh dan kenapa pulak kalau perihal si K tu si M ini akan ambil berat??kenapa??aku teramat sedih! tambah pulak si M siap mengaku lagi bahwa ketika aku dalam pantang dia langsung tak pedulikan aku dan baby. Tapi berkat kesabaran, aku berjaya mengatasi masalah itu. Tapi aku tetap tak puas hati! Aku langsung tak faham kenapa aku dilayan sebegini rupa..apa salahku?? Bagi ku apa aku nak lakukan biarkan sahaja lah sbb itu duit ku! itu urusan ku! bukannye aku guna duit dia! Aku pernah bersemuka dgn si M tapi dia tetap tak mengaku akan apa yg di lakukannya itu. Aku betul2 tak faham!! aku rasa dikhianati/dibenci sampai bila2 oleh si M nie...aku sedih....

22 December 2010

Herbalife

Saya telah mencuba produk ini selepas habis pantang dan ia amat membantu saya untuk penghasilan susu. Saya telah mengambil produk ini selama 8 bulan dan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah saya masih lagi mampu menyusu anak saya. Pada mulanya saya agak teragak2 untuk mencubanya kerana bimbangkan apakah kesannya nanti kepada anak saya? tetapi Alhamdulillah anak saya ok dan lawas membuang air besar bahkan saya pernah mencuba di dalam susu formula nya dan lihatlah hasilnya seperti gambar di bawah ;p Saya hanya mengamalkan minuman ini hanya untuk sekali sehari untuk memberikan yang terbaik pada puteriku. Setakat ini saya hanya menyukai perasa Tropical Fruit & Vanilla. Produk ini juga sesuai bagi yang ingin menurunkan berat badan. Kalau anda ingin tahu maklmat lanjut boleh la melayari alamat ini :

http://www.herbalifeww.com/my/index.asp




No Money No Talk!


Hari ini 22 Disember 2010 jam 03.37 pm, orang kata duit bukan segala-galanya tapi betul ker? aku tak dapat nak menerima ungkapan itu 100% sebab aku rasa dalam dunia yang serba moden ini semuanya akan bersangkut-paut dengan DUIT!! walaupun nak membuang..hmm, aku agak kepeningan memikirkan masalah duit yang tak pernah selesai. Jam 09.00 am tadi aku telah menelefon pihak PTPTN bertanyakan hal pinjaman ku kerana aku berhasrat untuk melangsaikannya dalam masa terdekat ni. Tapi jawapan yang aku terima agak mengejutkan dan merungsingkan aku pula kerana jumlah keseluruhan telah pun meningkat dari apa yang aku pinjam sebelum ini. Aku memikirkan bagaimana aku hendak langsaikan segala hutang-piutang aku ini segera (..sambil memikirkan hal rumah etc..)Hmm, memandangkan aku belum ada kerja kecil-kecilan setakat hari ini, aku ingin mengambil langkah bijak agar mengurangkan segala perbelanjaan bulanan. ("..amacam ok tak idea ni?..")..aku berharap agar segala permasalahan duit ini akan dapat di selesaikan dengan cara yang betul dan diberkati. AMIN~

21 December 2010

MaHeR zAiN~

Saya saja nak berkongsi minat dengan anda mengenai penyanyi yang agak tersohor buat masa ini iaitu "MAHER ZAIN". Pada pertama kali mendengar lagu-lagu beliau saya terus terpikat dan teruja terutamanya lagu "For The Rest of My Life" dan juga "Barakah". Ini sedikit sedutan/kisah mengenai beliau yang ingin saya kongsikan - cheers~

Maher Zain’s Biography

Fascinated by the music and instruments, Maher got his first keyboard when he was only ten and ever since music officially became part of Maher’s world.

The family moved to Sweden when Maher was only 8, where he continued his schooling, and later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. With things changing around him, one thing remained the same – his strong passion for music. He would spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music in every way. It didn’t take him long to realize that music became an integral part of who he is.

After being involved for a while in the music scene as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a gifted music producer who was fast rising in the music scene in Sweden. Maher started working with RedOne and later moved to New York. For a few years he was in the middle of the hot rush of the NY music industry, working with chart topping artists such as Kat Deluna on her debut album including smash hits ‘Whine up’ and ‘Run the Show’. Maher had what many would describe as a dream job for someone so young in such a glamorous business, but for Maher it felt like this was far from what he would call ‘the dream’, “I loved the music but I hated everything that surrounded it, it always felt like something wasn’t right”.

In January 2009, Maher Zain decided to work on an album that reflects his identity – Arab, Western and Muslim – and signed with Awakening Records. Maher’s debut album Thank Youa Allah reached the number 1 spot on Amazon’s World Music charts and number 9 on the R&B charts.

In January 2010, in a music competition organized by Nujoom FM (Egypt’s biggest music radion station) Maher’s track ‘Ya Nabi Salam Alayka’ was voted as the best song for 2009. Runners up included big names like Hussein Aljismi, Mohammed Mounir and Sami Yusuf. Maher has already performed at sold out concerts in Algeria, Australia, Belgium, Canada, Egypt, England, France, Holland, Sweden, and the US amongst others and is fast becoming the ‘next superstar of Islamic music’.


Artist : Maher Zain
Album Name : Thank You Allah
Release : 30 October 2009
Label : Awakening Worldwide Ltd.

Song List

  1. Always Be There
  2. Ya Nabi Salam Alayka
  3. Insha Allah
  4. Palestine Will Be Free
  5. Thank You Allah
  6. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
  7. The Chosen One
  8. Baraka Allahu Lakuma
  9. For the Rest of My Life
  10. Hold My Hand
  11. Awaken
  12. Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
  13. Open Your Eyes
  14. Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)
  15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus Track)
(Ihsan dr http://www.dfadzly.com/blog/2010/07/27/maher-zain’s-biography/)

Cuti-Cuti MALAYSIA

Humaira & Kakak
Ibu dapat 3 ekor ikan
Baba dapat ikan kerapu

Tanggal 18hb Disember 2010 kami sekeluarga telah pergi ke Seri Manjung, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan teman rapat suami ku. Pasangan pengantin pada hari itu amatlah cantik dan segak bergaya bak pepatah melayu ' Bagai Pinang Dibelah Dua'. Kami menghabiskan masa di situ selama 3 jam (amatlah berbaloikan sbb dtg dari jauh..hehe) Selepas itu, kami mengambil keputusan untuk bermalam di Marina Coral Island yang terletak di Lumut, Perak yang hanya mengambil masa selama 45 min untuk tiba di chalet. Kami agak teruja dengan keadaan di situ apatah lagi tempat penginapan di situ menawarkan perkhidmatan memancing. Agak lucu melihat teletah suamiku apabila melihat laut yang tenang dan jernih itu. Di sinilah aku mula berjinak-jinak dengan memancing. Memang menyeronokkan!! kali pertama mencuba aku telah berjaya mendapat 3 ekor ikan! "..ceh, pandai jugak bini aku ni memancing.." - bak kata suami ku yang agak tercabar pada masa itu.hehe. Inilah kali pertama selepas melahirkan puteriku kami dapat meluangkan masa bersama-sama (hmm,agak romantik gitu!). Kami memancing sampai pagi dan berehat seketika bersama-sama KIT KAT :) Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Tepat jam 11 pagi kami berangkat pulang dan tak lupa juga singgah di restoran ikan bakar dan juga teluk batik :)

06 December 2010

MeNcArI yAnG tErBaIk

aku sedang memikirkan apakah persiapan yang perlu aku lakukan untuk menyambut hari jadi PERTAMA anak sulung ku..terasa teruja juga :) aku ada la jgk bertnyakan kwan2 untuk membuat order cake sempena hari istimewa itu..aku dan suami ku berhajat menyambutnye bersempena tarikh calender islam iaitu pada tanggal 26 muharram 1430 (H) dan di kesempatan itu juga majlis ni juga akan turut di raikan bersempena harijadi 'papa' ku iatu pada 23 muharram :) setelah perbincangan yang serba ringkas dgn kedua org tua ku akhirnya kami mendapat kata sepakat iaitu menyambutnya di rumah org tua ku..sng habis cerita :) aku juga ada meminta 'mama' menyediakan pulut kuning dgn rendang pd hari itu..aku berharap semuanya berjalan dgn baik sepertimana yang kami sekeluarga merancangkan..AMIN~